Psst, ini rahsia pelanggan repeat!
Saya nak kongsi satu rahsia besar yang boleh buat HOMESTAY anda ditempah berulangkali oleh pelanggan sama!
Rahsianya? Servis yang terbaik!
Tak kira betapa cantik atau strategik lokasi homestay, servis yang diberikan kepada tetamu adalah faktor yang paling penting. Bila tetamu rasa dihargai, dilayan dengan baik, dan diberi perhatian, mereka pasti akan datang lagi.
Malah, mereka juga akan rekomen homestay anda kepada kawan-kawan dan keluarga mereka. Jadi, jom saya kongsikan 3 langkah mudah untuk pastikan servis anda tip-top dan buat tetamu repeat stay!
Tip 1: Sentiasa Berikan Layanan yang Mesra dan Responsif
Pernah tak anda alami situasi di mana kita tanya sesuatu, tapi lambat dapat jawapan? Memang tak best kan? Tetamu pun sama. Mereka akan rasa lebih selesa dan yakin bila kita responsif dan mudah untuk dihubungi. Sama ada mereka tanya tentang cara check-in, kemudahan homestay, atau nak tahu tentang kawasan sekitar, pastikan balas secepat mungkin dan dengan nada mesra.
Jika anda dapat balas dalam masa yang singkat, tetamu akan rasa mereka dihargai dan diambil berat. Ini secara tak langsung meningkatkan keyakinan mereka terhadap homestay anda. Tak semestinya kena formal sangat, kadang-kadang guna nada yang santai dan mesra pun dah cukup buat mereka rasa dekat dengan kita.
Tip 2: Sediakan Kemudahan Asas Tanpa Caj Tambahan
Satu lagi perkara penting yang tetamu suka ialah kemudahan yang lengkap dan tiada caj tersembunyi. Anda boleh pastikan tetamu gembira dengan menyediakan kelengkapan seperti tuala, sabun mandi, syampu, dan tisu tandas – tanpa caj tambahan. Tetamu akan sangat menghargai bila semua kelengkapan ni disediakan, dan mereka tak perlu risau nak bawa barang-barang kecil dari rumah.
Kalau anda nak bagi lebih nilai tambah, sediakan sedikit kemudahan lain seperti seterika, pengering rambut, atau penapis air. Benda-benda kecil ni boleh buat tetamu rasa lebih selesa dan akan ingat homestay anda sebagai tempat yang praktikal dan mudah untuk tinggal.
Tip 3: Follow-Up Selepas Check-Out
Selepas tetamu check-out, jangan lupa untuk hantar mesej ringkas mengucapkan terima kasih kerana memilih homestay kita . Ini akan buat mereka rasa dihargai walaupun dah meninggalkan homestay. Selain itu, anda boleh tanya jika mereka ada sebarang cadangan untuk penambahbaikan atau mungkin nak beri testimoni tentang pengalaman menginap.
Dengan cara ni, anda boleh terus menjaga hubungan baik dengan tetamu dan mereka akan rasa lebih cenderung untuk datang semula pada masa akan datang. Kalau review mereka bagus, anda boleh gunakan untuk menarik lebih ramai pelanggan baru!
Bonus Tip: Berikan Pengalaman Yang Lebih Daripada Yang Mereka Jangka
Pelanggan biasanya datang dengan harapan yang sederhana, tapi kalau anda boleh berikan lebih dari apa yang mereka jangka, mereka pasti akan puas hati! Contohnya, anda boleh sediakan peta tempat-tempat menarik di kawasan homestay, atau tawarkan diskaun untuk stay seterusnya.
Kadang-kadang, hanya dengan tinggalkan mesej ‘Selamat Datang’ yang mesra atau sedikit snek ringan dah cukup buat tetamu tersenyum. Pelanggan yang happy akan ingat servis homestay mdmana sebagai yang terbaik, dan mereka pasti akan datang semula.
Nampak tak... Ada tips lagi...tapi kena tengok kat :-
TEKNIK NAK TARIK PELANGGAN DATANG BALIK KE HOMESTAY KITA
Comments
Post a Comment