Skip to main content

3 FAKTOR YANG SERING DI LUPAKAN UNTUK LARISKAN SEWAAN HOMESTAY ANDA.. JANGAN ABAIKAN...

 


Usahawan Homestay | Pengusaha Homestay | Yang Menjalankan Bisnes Homestay | Usahawan Yang  Buat Urusniaga Homestay |Khas untuk anda yang ingin menceburi bisnes homestay | Kepada anda yang dah buat bisnes homestay tetapi masih kurang mendapat sambutan serta tercari-cari cara yang tepat mengurus dan mempromosikan homestay .

Nampak mudah  tapi perkara di bawah antara pelaris kepada bisnes  homestay anda.  Yang terakhir itu sangat PENTING...


JAGA KUALITI DAN TAHAP KEBERSIHAN

Jaga tahap kebersihan homestay anda, jangan nampakan sampah kecil atau besar walaupun seurat rambut. Dua elemen ini adalah faktor utama yang memberi kepuasan kepada pelanggan yang menginap. Bayangkan jika seseorang menginap di homestay anda untuk pertama kalinya untuk bercuti. Sekiranya mereka mendapati homestay anda kotor dan tidak dicuci dengan sempurna, sudah tentu ini akan merosakkan mood percutian mereka. Anda rasa adakah mereka akan kembali untuk menginap? Sudah pasti tidak!

Malah lebih buruk lagi, jika mereka mem’viral’kan tentang kekotoran homestay anda di media-media sosial. Oleh itu, sentiasa pastikan dua elemen ini dijaga dengan baik.

UNSUR-UNSUR KREDIBILITI

Sesetengah OTA (Online Travel Agency) memberi pengiktirafan kepada host yang mendapat rating yang tinggi daripada pelanggan. Antaranya Airbnb  Menganugerahkan gelaran Superhost kepada host yang menepati syarat-syarat kelayakan. Tripadvisor pula menganugerahkan Traveller’s Award kepada

pengusaha homestay yang mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Anda disyorkan untuk mendapatkan anugerah-anugerah seperti ini bagi meningkatkan kredibiliti homestay anda.

PENYEDIAAN SNEK DAN MINUMAN SECARA PERCUMA

Pelanggan akan merasa dihargai jika mendapati terdapat snek dan minuman disediakan untuk mereka sebaik sahaja melangkah masuk ke homestay anda. Anda tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk penyediaan snek dan minuman. Beli secara pukal di pasaraya atau hypermarket bagi mengurangkan kos. Nilai tambah ini akan membuatkan pelanggan berasa sangat gembira dan

dihargai.

POST MORTEM

Sentiasa membuat post morterm tahap kelebihan dan kekurangan homestay anda, seperti menambahkan idea baru atau added-value ke dalam homestay anda. Borang maklumbalas yang anda berikan kepada penginap anda adalah sangat penting untuk perkara ini. Baca setiap maklumbalas yang mereka berikan. Sedikit sahaja kelainan yang boleh anda tonjolkan berbanding dengan pesaing anda, walaupun sekecil 10% sahaja, ianya mampu memberikan impak yang besar.

VOUCHER DISKAUN

Untuk membuatkan pelanggan anda rasa dihargai, anda boleh menyediakan voucher diskaun kepada pelanggan ulangan anda kerana mereka adalah prospek pelanggan yang tinggi. Ini adalah kerana mereka telah merasai keselesaan menginap di homestay anda dan tentunya dengan memberi voucher

tersebut, akan menjadi daya penarik untuk mereka kembali menginap di homestay anda.

JAGA HUBUNGAN DENGAN PEMBERI REZEKI

Harta dan kekayaan yang kita miliki adalah milik Allah, harta milik Allah harus digunakan untuk mendekatkan diri kepada sang pencipta supaya memberi manfaat kepada kita di dunia mahu pun di akhirat. Salah satu caranya adalah dengan bersedekah. Betulkah sedekah boleh menderaskan rezeki?

Jawapan saya adalah YA dan YA!

Rakan saya  kongsikan kisah beliau dalam menguruskan homestay. Beliau pernah mengalami kekosongan tempahan menyebabkan beliau  mengalami kerugian dan kekurangan profit, dan apabila di kaji balik  baru beliau sedar , walaupun semua teknik marketing telah di  lakukan dengan baik dan sempurna,

Tetapi beliau terlupa seperkara iaitu hubungan dengan Allah melalui solat dhuha dan sedekah adalah pelaris utama marketing kita kepada manusia. Apabila hubungan kita dengan Allah erat seeratnya, insyaAllah kita akan berjaya di dalam hidup. Akhirnya, homestay beliau  telah diterima oleh masyarakat .


*Kredit: Perkongsian di atas adalah di tulis oleh rakan admin, Faridil Atras, pemilik rangkaian homestay Fardain Place.

Jika anda berminat untuk belajar tentang pengurusan homestay, Tuan Faridil Atras ada menyediakan ebook panduan bagaimana nak menjalankan bisnes homestay yang betul dan menguntungkan.

>> Boleh Klik Sini Untuk  Info Lanjut  <<





Comments

Popular posts from this blog

INI CARA PROMOSI HOMESTAY PALING BERKESAN

  Ada 3 Tips Promosi HOMESTAY Paling Berkesan Hari ini saya nak kongsikan 3 tips penting untuk bantu pastikan homestay kita sentiasa penuh dengan tempahan. Promosi yang betul adalah kunci kejayaan homestay. Berikut adalah cara untuk lakukannya: Tip 1: Buat Promosi Musim Cuti Permintaan homestay seringkali akan meningkat pada musim cuti sekolah dan cuti umum. Jadi, inilah masa terbaik untuk tawarkan promosi seperti diskaun atau tawaran istimewa. Contohnya, bagi diskaun 10% untuk tempahan awal atau stay lebih lama. Ini akan buat pelanggan rasa mereka dapat lebih nilai untuk wang mereka! Tip 2 : Gunakan Media Sosial Media sosial seperti Facebook dan Instagram adalah alat promosi paling berkuasa. Kongsikan gambar-gambar cantik homestay, testimoni pelanggan, atau buat post menarik seperti giveaway. Lagi ramai yang lihat homestay anda, lagi besar peluang untuk anda dapatkan tempahan. Tip 3: Senaraikan Homestay Anda di Platform Tempahan Popular Platform seperti Airbnb, Booking.com, dan A...

APA YANG PERLU ADA DI DALAM SESEBUAH HOMESTAY

Salam Sejahtera Kepada yang  baru nak mula buat HOMESTAY bisnes ataupun yang baru bermula , selalunya anda akan terlepas pandang  perkara dan peralatan yang harus ada untuk  menjanjikan keselesaan kepada penyewa homestay anda dan perkara ini juga berlaku kepada saya  pada peringkat saya bermula bisnes homestay ini. Berikut saya senaraikan  peralatan yang  harus ada  di dalam  unit homestay anda. Walaubagaimana pun ini bukan lah 100% sempurna tetapi memadai untuk di jadikan checklist buat anda. Katil berserta  tilam – Sediakan katil dan tilam tempat tidor dan rehat  yang selesa dan bersih untuk tetamu berehat dengan selesa. Almari pakaian – Tetamu memerlukan tempat untuk menyimpan pakaian mereka selama mereka tinggal di homestay. Meja dan kerusi – Sediakan meja dan kerusi di kawasan umum seperti di bilik tamu, dapur atau kawasan rehat. Kipas atau penghawa dingin – Sediakan kipas atau penghawa dingin untuk membantu tetamu menyesuaikan s...