Skip to main content

Mana Lagi Untung? Homestay atau Sewa?

 



Mana Lagi Untung? Homestay atau Sewa?

Ini soalan yang kawan tanya saya ketika saya berkira kira nak buat homestay ataupun sewa aje rumah pusaka orang tua saya...

Ini respond beliau . Kalau  nak buat duit lebih, HOMESTAY memang jauh lebih berbaloi. Nak tahu kenapa?

Jom saya kongsi 3 sebab utama yang beliau kongsi kat saya !


Tip 1: Pendapatan Harian Jauh Lebih Tinggi

Dengan homestay, kita  boleh dapat untung yang lebih sebab bayaran adalah harian, bukan bulanan. Kalau sewa bulanan rumah RM1,500, homestay boleh beri RM250 untuk satu malam. Bayangkan kalau tempah 10 hari saja dalam sebulan – dah RM2,500! Lebih untung kan? Itu pun baru separuh bulan, kalau tempahan penuh.. lagi lah cerah masa depan homestay kita! 


Tip 2: Kawal Penuh Rumah Anda

Homestay beri kita kawalan penuh terhadap rumah sendiri. Setiap kali tetamu keluar,kita boleh periksa keadaan rumah dan pastikan semuanya elok sebelum pelanggan baru masuk. Kalau ada apa-apa kerosakan kecil, boleh baiki terus. Tak seperti sewa bulanan, kadang-kadang rumah rosak selepas bertahun-tahun disewa, baru kita tahu. Homestay? Tenang je sebab kita sentiasa boleh pantau.


Tip 3: Ubah Harga Ikut Musim

Ini yang best dengan homestay – kita boleh ubah harga ikut musim! Masa cuti sekolah, perayaan, atau event besar, permintaan homestay biasanya melonjak naik. Masa ni lah kita boleh naikkan harga untuk maksimumkan keuntungan. Dengan sewa bulanan, harga tetap setiap bulan, tapi dengan homestay, fleksibiliti ni boleh bantu  buat untung lebih besar!


Jadi itulah 3 sebab kenapa homestay lebih menguntungkan berbanding sewa bulanan. Nak tahu lebih banyak tips tentang bagaimana buat homestay anda berjaya? Semuanya ada dalam Pandun  Jutawan Homestay! 

Boleh download nya di PANDUAN  JADI JUTAWAN DENGAN HOMESTAY

Comments

Popular posts from this blog

INI CARA PROMOSI HOMESTAY PALING BERKESAN

  Ada 3 Tips Promosi HOMESTAY Paling Berkesan Hari ini saya nak kongsikan 3 tips penting untuk bantu pastikan homestay kita sentiasa penuh dengan tempahan. Promosi yang betul adalah kunci kejayaan homestay. Berikut adalah cara untuk lakukannya: Tip 1: Buat Promosi Musim Cuti Permintaan homestay seringkali akan meningkat pada musim cuti sekolah dan cuti umum. Jadi, inilah masa terbaik untuk tawarkan promosi seperti diskaun atau tawaran istimewa. Contohnya, bagi diskaun 10% untuk tempahan awal atau stay lebih lama. Ini akan buat pelanggan rasa mereka dapat lebih nilai untuk wang mereka! Tip 2 : Gunakan Media Sosial Media sosial seperti Facebook dan Instagram adalah alat promosi paling berkuasa. Kongsikan gambar-gambar cantik homestay, testimoni pelanggan, atau buat post menarik seperti giveaway. Lagi ramai yang lihat homestay anda, lagi besar peluang untuk anda dapatkan tempahan. Tip 3: Senaraikan Homestay Anda di Platform Tempahan Popular Platform seperti Airbnb, Booking.com, dan A...

APA YANG PERLU ADA DI DALAM SESEBUAH HOMESTAY

Salam Sejahtera Kepada yang  baru nak mula buat HOMESTAY bisnes ataupun yang baru bermula , selalunya anda akan terlepas pandang  perkara dan peralatan yang harus ada untuk  menjanjikan keselesaan kepada penyewa homestay anda dan perkara ini juga berlaku kepada saya  pada peringkat saya bermula bisnes homestay ini. Berikut saya senaraikan  peralatan yang  harus ada  di dalam  unit homestay anda. Walaubagaimana pun ini bukan lah 100% sempurna tetapi memadai untuk di jadikan checklist buat anda. Katil berserta  tilam – Sediakan katil dan tilam tempat tidor dan rehat  yang selesa dan bersih untuk tetamu berehat dengan selesa. Almari pakaian – Tetamu memerlukan tempat untuk menyimpan pakaian mereka selama mereka tinggal di homestay. Meja dan kerusi – Sediakan meja dan kerusi di kawasan umum seperti di bilik tamu, dapur atau kawasan rehat. Kipas atau penghawa dingin – Sediakan kipas atau penghawa dingin untuk membantu tetamu menyesuaikan s...

3 FAKTOR YANG SERING DI LUPAKAN UNTUK LARISKAN SEWAAN HOMESTAY ANDA.. JANGAN ABAIKAN...

  Usahawan Homestay | Pengusaha Homestay | Yang Menjalankan Bisnes Homestay | Usahawan Yang  Buat Urusniaga Homestay |Khas untuk anda yang ingin menceburi bisnes homestay | Kepada anda yang dah buat bisnes homestay tetapi masih kurang mendapat sambutan serta tercari-cari cara yang tepat mengurus dan mempromosikan homestay . Nampak mudah  tapi perkara di bawah antara pelaris kepada bisnes  homestay anda.  Yang terakhir itu sangat PENTING... JAGA KUALITI DAN TAHAP KEBERSIHAN Jaga tahap kebersihan homestay anda, jangan nampakan sampah kecil atau besar walaupun seurat rambut. Dua elemen ini adalah faktor utama yang memberi kepuasan kepada pelanggan yang menginap. Bayangkan jika seseorang menginap di homestay anda untuk pertama kalinya untuk bercuti. Sekiranya mereka mendapati homestay anda kotor dan tidak dicuci dengan sempurna, sudah tentu ini akan merosakkan mood percutian mereka. Anda rasa adakah mereka akan kembali untuk menginap? Sudah pasti tidak! ...