Skip to main content

BAGAIMANA SUSUNAN PERABUT DALAM HOMESTAY BOLEH BAGI IMPAK BESAR !



3 Tips Susunan Perabot Dalam Homestay  yang Nampak Remeh Tapi Impaknya Besar !

Mungkin ramai yang tak sangka, tapi cara kita susun perabot dalam homestay boleh buat tetamu jatuh hati atau sebaliknya!

Bayangkan, tetamu buka pintu HOMESTAY kita dan lihat ruang tamu yang luas, terang, dan susunan perabot yang kemas. Confirm mereka akan rasa selesa dan tenang. 

Tapi, kalau susunan perabot berserabut dan sempit,  mesti mood pelanggan boleh terus hilang, walaupun rumah kita sebenarnya cantik!

Jom saya kongsikan 3 tips susunan perabot yang boleh buat homestay kita nampak lebih menarik dan eksklusif!


Tip 1: Pastikan Ruang Terbuka dan Selamat untuk Bergerak


Ruang homestay yang terlalu padat dengan perabot boleh buat tetamu rasa sesak. Pastikan perabot disusun dengan baik, memberi ruang terbuka yang cukup untuk tetamu bergerak dengan selesa. Jangan letakkan perabot besar seperti sofa atau almari terlalu dekat dengan pintu atau laluan utama. Ini penting untuk mengelakkan tetamu rasa "terkurung" bila bergerak dalam rumah.


Sebagai contoh, anda boleh letakkan sofa menghadap TV dengan jarak yang cukup selesa, dan pastikan laluan ke dapur, bilik tidur, dan bilik air tidak terhalang. Bila ruang tamu nampak lapang, tetamu akan rasa lebih selesa untuk berehat dan menikmati masa mereka di homestay anda.


Tip 2: Gunakan Perabot yang Praktikal dan Sesuai dengan Saiz Bilik


Kadang-kadang kita teruja nak letak banyak perabot sebab nak homestay nampak lengkap dan selesa, tapi ingat, less is more. Gunakan perabot yang bersesuaian dengan saiz bilik. Kalau bilik agak kecil, pilih perabot yang ringkas dan minimalis, supaya ruang nampak luas.


Sebagai contoh, kalau ruang tamu kecil, anda boleh pilih sofa 2-seater dan tambahkan coffee table kecil. Elakkan letak terlalu banyak kerusi tambahan yang mungkin buat ruang nampak padat. Untuk bilik tidur pula, pilih katil yang sesuai dengan saiz bilik. Tak perlu katil yang besar, asalkan cadar dan bantal disusun rapi, bilik tidur akan nampak selesa dan cozy!


Oh ya, kalau ada ruang tambahan, anda boleh sediakan meja kecil di tepi katil untuk letak lampu tidur. Sentuhan kecil macam ni boleh buat tetamu rasa macam tinggal di rumah sendiri – selesa dan lengkap!


Tip 3: Pilih Warna Perabot yang Menenangkan


Tahukah anda ? Warna perabot juga memainkan peranan penting dalam mencipta suasana tenang dan relaks di homestay. Pilih warna perabot yang neutral atau warna-warna lembut seperti putih, beige, atau kelabu untuk ruang tamu dan bilik tidur. Warna-warna ni boleh buat ruang nampak lebih besar dan lapang.


Jika anda nak tambahkan sedikit warna, anda boleh gunakan hiasan tambahan seperti kusyen, karpet, atau langsir dengan warna yang lebih menarik – tapi pastikan ia tidak terlalu menyakitkan mata. Gabungan warna-warna ni akan buat homestay nampak lebih tenang dan mesra, sesuai untuk tetamu berehat selepas perjalanan jauh.


Kesimpulan? 

Susunan Perabot yang Tepat = Pengalaman Homestay yang Luar Biasa!

Dengan susunan perabot yang betul, anda boleh buat homestay nampak lebih menarik dan selesa untuk tetamu. Perabot yang sesuai, susunan yang teratur, dan warna yang menenangkan semua akan bantu tetamu rasa seperti di rumah sendiri. Dan apabila mereka rasa homestay anda selesa, mereka pasti akan tinggalkan review yang positif dan mungkin akan datang lagi!


Dalam Panduan  Jutawan Homestay,  ada banyak lagi tips dan panduan tentang bagaimana nak setup dan susun homestay dengan cara yang betul.

Kalau  nak tahu lebih lanjut, pastikan baca panduan  tersebut ya! Semua nya ada di  PANDUAN JUTAWAN HOMESTAY

Comments

Popular posts from this blog

INI CARA PROMOSI HOMESTAY PALING BERKESAN

  Ada 3 Tips Promosi HOMESTAY Paling Berkesan Hari ini saya nak kongsikan 3 tips penting untuk bantu pastikan homestay kita sentiasa penuh dengan tempahan. Promosi yang betul adalah kunci kejayaan homestay. Berikut adalah cara untuk lakukannya: Tip 1: Buat Promosi Musim Cuti Permintaan homestay seringkali akan meningkat pada musim cuti sekolah dan cuti umum. Jadi, inilah masa terbaik untuk tawarkan promosi seperti diskaun atau tawaran istimewa. Contohnya, bagi diskaun 10% untuk tempahan awal atau stay lebih lama. Ini akan buat pelanggan rasa mereka dapat lebih nilai untuk wang mereka! Tip 2 : Gunakan Media Sosial Media sosial seperti Facebook dan Instagram adalah alat promosi paling berkuasa. Kongsikan gambar-gambar cantik homestay, testimoni pelanggan, atau buat post menarik seperti giveaway. Lagi ramai yang lihat homestay anda, lagi besar peluang untuk anda dapatkan tempahan. Tip 3: Senaraikan Homestay Anda di Platform Tempahan Popular Platform seperti Airbnb, Booking.com, dan A...

APA YANG PERLU ADA DI DALAM SESEBUAH HOMESTAY

Salam Sejahtera Kepada yang  baru nak mula buat HOMESTAY bisnes ataupun yang baru bermula , selalunya anda akan terlepas pandang  perkara dan peralatan yang harus ada untuk  menjanjikan keselesaan kepada penyewa homestay anda dan perkara ini juga berlaku kepada saya  pada peringkat saya bermula bisnes homestay ini. Berikut saya senaraikan  peralatan yang  harus ada  di dalam  unit homestay anda. Walaubagaimana pun ini bukan lah 100% sempurna tetapi memadai untuk di jadikan checklist buat anda. Katil berserta  tilam – Sediakan katil dan tilam tempat tidor dan rehat  yang selesa dan bersih untuk tetamu berehat dengan selesa. Almari pakaian – Tetamu memerlukan tempat untuk menyimpan pakaian mereka selama mereka tinggal di homestay. Meja dan kerusi – Sediakan meja dan kerusi di kawasan umum seperti di bilik tamu, dapur atau kawasan rehat. Kipas atau penghawa dingin – Sediakan kipas atau penghawa dingin untuk membantu tetamu menyesuaikan s...

3 FAKTOR YANG SERING DI LUPAKAN UNTUK LARISKAN SEWAAN HOMESTAY ANDA.. JANGAN ABAIKAN...

  Usahawan Homestay | Pengusaha Homestay | Yang Menjalankan Bisnes Homestay | Usahawan Yang  Buat Urusniaga Homestay |Khas untuk anda yang ingin menceburi bisnes homestay | Kepada anda yang dah buat bisnes homestay tetapi masih kurang mendapat sambutan serta tercari-cari cara yang tepat mengurus dan mempromosikan homestay . Nampak mudah  tapi perkara di bawah antara pelaris kepada bisnes  homestay anda.  Yang terakhir itu sangat PENTING... JAGA KUALITI DAN TAHAP KEBERSIHAN Jaga tahap kebersihan homestay anda, jangan nampakan sampah kecil atau besar walaupun seurat rambut. Dua elemen ini adalah faktor utama yang memberi kepuasan kepada pelanggan yang menginap. Bayangkan jika seseorang menginap di homestay anda untuk pertama kalinya untuk bercuti. Sekiranya mereka mendapati homestay anda kotor dan tidak dicuci dengan sempurna, sudah tentu ini akan merosakkan mood percutian mereka. Anda rasa adakah mereka akan kembali untuk menginap? Sudah pasti tidak! ...