Skip to main content

DARI HAWA DINGIN KE ‘AURAT’ : FAKTOR KESELESAAN MENDORONG KELUARGA MUDA MENYEWA HOMESTAY SEMASA RAYA ‘BALIK KAMPUNG’

 


Bagi  Rahimah, keseronokan  balik kampung ketika raya  memuncak bila  ketibaan mereka di sambut oleh  tok nenek dan sanak saudara dengan penuh kemeriahan dan kegembiraan.

 Semasa waktu kanak kanak dulu, saat yang tak dapat dilupakan ialah apabila berkumpul beramai ramai dengan sepupunya  baik lelaki dan perempuan di ruang tamu rumah yang agak sederhana.  Ibu bapa pula  akan mengalah  dan tidur di mana mana ruang bagi memberi laluan kepada anak anak masing masing  untuk menghabis kan masa mereka bersama sehingga tidur pun bersepah asal boleh aja di ruang tamu tersebut.

Masa berlalu dan hampir kesemua sepupu  nya sudah pun berkahwin dan mempunyai keluarga . Bilangan  pun makin bertambah  dan sudah tentu ruang tamu yang dulu nya  agak selesa untuk berkumpul sudah pun mula menjadi sempit dan bersesak.

Atas faktor ini, Rahimah  memilih untuk menyewa homestay yang berdekatan dengan rumah datuknya untuk mengelakkan overcrowding.  Menginap di homestay ketika beraya di kampung sudah menjadi satu keperluan bagi memberi keselesaan kepada keluarga nya  tanpa bersesak  di rumah datuknya.

Begitu juga  bagi  Rosman , beliau mendapati semakin ramai keluarga yang memilih untuk menyewa  homestay  apabila pulang ke kampung halaman masing masing untuk berhari raya.


Melalui pengalaman nya sendiri , keluasan rumah dato nya sendiri sudah tidak dapat menampung ahli keluarga yang semakin bertambah.

“ Saya ada seorang anak dan isteri sedang mengandung.  Sudah semestinya  kami memerlukan privacy dan keselesaan . Lagi pun untuk tinggal bersama sama  3 lagi  kakak ipar saya  membuatkan mereka terpaksa memakai headscarf di dalam rumah atas faktor ‘menjaga aurat ‘ dan ini tentu membuat mereka tidak selesa kerana suhu di dalam rumah makin panas bila makin ramai ahli keluarga berada dalamnya. “

Bagi  Puan Mona pula memang dia sekeluarga  akan menyewa homestay bila pulang beraya. Dengan suhu  yang meningkat , sanak saudara yang makin ramai dan ruang bilik yang terhad , keselesaan dan  menjaga aurat bagi nya adalah penting .

Menyewa  homestay  tidak semestinya  kita akan rasa kekurangan didalam kemeriahan berkumpul bersama keluarga besar sebab  ianya masih berdekatan antara satu sama lain.

Bagi  kebanyakan penyewa homestay , mereka tetap akan berkumpul di rumah induk sepanjang hari dan akan pulang ke homestay  untuk  berehat dan melelapkan mata .

Mungkin ada ibubapa kita yang akan berkecil hati  kerana tidak bermalam di rumah mereka  saperti dulu dulu dan  amat lah penting untuk kita menerangkan kenapa kita harus  menyewa homestay.


 




Comments

Popular posts from this blog

INI CARA PROMOSI HOMESTAY PALING BERKESAN

  Ada 3 Tips Promosi HOMESTAY Paling Berkesan Hari ini saya nak kongsikan 3 tips penting untuk bantu pastikan homestay kita sentiasa penuh dengan tempahan. Promosi yang betul adalah kunci kejayaan homestay. Berikut adalah cara untuk lakukannya: Tip 1: Buat Promosi Musim Cuti Permintaan homestay seringkali akan meningkat pada musim cuti sekolah dan cuti umum. Jadi, inilah masa terbaik untuk tawarkan promosi seperti diskaun atau tawaran istimewa. Contohnya, bagi diskaun 10% untuk tempahan awal atau stay lebih lama. Ini akan buat pelanggan rasa mereka dapat lebih nilai untuk wang mereka! Tip 2 : Gunakan Media Sosial Media sosial seperti Facebook dan Instagram adalah alat promosi paling berkuasa. Kongsikan gambar-gambar cantik homestay, testimoni pelanggan, atau buat post menarik seperti giveaway. Lagi ramai yang lihat homestay anda, lagi besar peluang untuk anda dapatkan tempahan. Tip 3: Senaraikan Homestay Anda di Platform Tempahan Popular Platform seperti Airbnb, Booking.com, dan A...

APA YANG PERLU ADA DI DALAM SESEBUAH HOMESTAY

Salam Sejahtera Kepada yang  baru nak mula buat HOMESTAY bisnes ataupun yang baru bermula , selalunya anda akan terlepas pandang  perkara dan peralatan yang harus ada untuk  menjanjikan keselesaan kepada penyewa homestay anda dan perkara ini juga berlaku kepada saya  pada peringkat saya bermula bisnes homestay ini. Berikut saya senaraikan  peralatan yang  harus ada  di dalam  unit homestay anda. Walaubagaimana pun ini bukan lah 100% sempurna tetapi memadai untuk di jadikan checklist buat anda. Katil berserta  tilam – Sediakan katil dan tilam tempat tidor dan rehat  yang selesa dan bersih untuk tetamu berehat dengan selesa. Almari pakaian – Tetamu memerlukan tempat untuk menyimpan pakaian mereka selama mereka tinggal di homestay. Meja dan kerusi – Sediakan meja dan kerusi di kawasan umum seperti di bilik tamu, dapur atau kawasan rehat. Kipas atau penghawa dingin – Sediakan kipas atau penghawa dingin untuk membantu tetamu menyesuaikan s...

3 FAKTOR YANG SERING DI LUPAKAN UNTUK LARISKAN SEWAAN HOMESTAY ANDA.. JANGAN ABAIKAN...

  Usahawan Homestay | Pengusaha Homestay | Yang Menjalankan Bisnes Homestay | Usahawan Yang  Buat Urusniaga Homestay |Khas untuk anda yang ingin menceburi bisnes homestay | Kepada anda yang dah buat bisnes homestay tetapi masih kurang mendapat sambutan serta tercari-cari cara yang tepat mengurus dan mempromosikan homestay . Nampak mudah  tapi perkara di bawah antara pelaris kepada bisnes  homestay anda.  Yang terakhir itu sangat PENTING... JAGA KUALITI DAN TAHAP KEBERSIHAN Jaga tahap kebersihan homestay anda, jangan nampakan sampah kecil atau besar walaupun seurat rambut. Dua elemen ini adalah faktor utama yang memberi kepuasan kepada pelanggan yang menginap. Bayangkan jika seseorang menginap di homestay anda untuk pertama kalinya untuk bercuti. Sekiranya mereka mendapati homestay anda kotor dan tidak dicuci dengan sempurna, sudah tentu ini akan merosakkan mood percutian mereka. Anda rasa adakah mereka akan kembali untuk menginap? Sudah pasti tidak! ...