Skip to main content

CARA BUAT DUIT DENGAN HOMESTAY

 

buat duit dengan homestay

Salam Sejahtera

Terdapat pelbagai cara untuk buat duit dengan hartanah. Selain daripada menyewakannya kepada penyewa, ia juga boleh dijadikan homestay. HOMESTAY atau rumah tumpangan adalah satu lagi cara untuk menjana pendapatan tambahan.

Memulakan bisnes homestay atau rumah tumpangan tidak semestinya memerlukan satu rumah khas. Anda boleh mulakan dengan menjadikan bilik lebih dalam rumah anda sebagai bilik tumpangan.

Antara kelebihan bisnes homestay jika dibandingkan dengan rumah sewa:

Penyewa lebih  mudah dipantau kerana penyewa menyewa untuk jangka masa pendek sahaja.

Risiko kerosakan besar pada rumah atau bilik lebih kecil. Penyewa mungkin hanya duduk beberapa hari sahaja, jadi risiko kerosakan peralatan rumah adalah lebih kecil.

Harga homestay biasanya lebih rendah berbanding hotel.  Permintaan  sewa homestay pun dah mula ada sepanjang tahun.

Untuk memulakan bisnes homestay, terdapat beberapa perkara yang anda perlu ambil tahu terlebih dahulu. Ini adalah penting untuk memastikan bisnes homestay anda bertahan lama.

Lokasi -  Pemilihan lokasi  terletak kepada  target market yang anda inginkan saperti  di kawasan reakreasi  atau  berhampiran kawasan tumpuan  percutian.  Kawasan yang berhampiran dengan institut pengajian tinggi , pusat rawatan kesihatan saperti hospital juga boleh generate  permintaan sewa homestay.

Kejiranan -  Anda  perlu ketahui keadaan kejiranan di kawasan homestay anda. Ini adalah sangat penting sekiranya homestay anda terletak di kawasan dalam taman perumahan. Isu yang selalu timbul adalah berkenaan parking kereta penyewa homestay yang kadang-kala mengganggu lalu lintas.

Saya sendiri dah beberapa kali mengalami masalah ini. Jiran rumah homestay tidak membenarkan saya untuk parking dikawasan hadapan rumah mereka (walaupun tak ganggu keluar masuk). Menyebabkan saya terpaksa parking kereta agak jauh dari homestay tersebut.

Persaingan – Buat  kajian mengenai pesaing anda. Bukanlah bertujuan untuk menjatuhkan pesaing anda tetapi sebagai penanda aras untuk halatuju bisnes homestay anda.

Kemudahan – Tahap kemudahan amat penting  kerana  homestay anda akan menjadi pilihan utama jika  kemudahan yang ada  melebihi pesaing anda. Sebagai contoh adalah kemudahan untuk memasak. Rata-rata penyewa homestay yang berkeluarga gemar untuk memasak di homestay. Penyediaan dapur memasak akan dapat golongan penyewa seperti ini.

OK. Jika anda nak ilmu tambahan lagi berkenaan dari mula memilih lokasi dan jenis homestay, hinggalah kepada cara setup dan cara melakukan pemasaran untuk homestay, anda boleh dapatkan panduan yang ditulis oleh Tuan Faridil Atras. Malahan, template dokumen pengurusan serta cara untuk tingkatkan lagi pendapatan bisnes homestay juga turut dikongsikan.

Boleh  lawati  blog beliau di  PANDUAN URUSNIAGA HOMESTAY

Comments

Popular posts from this blog

INI CARA PROMOSI HOMESTAY PALING BERKESAN

  Ada 3 Tips Promosi HOMESTAY Paling Berkesan Hari ini saya nak kongsikan 3 tips penting untuk bantu pastikan homestay kita sentiasa penuh dengan tempahan. Promosi yang betul adalah kunci kejayaan homestay. Berikut adalah cara untuk lakukannya: Tip 1: Buat Promosi Musim Cuti Permintaan homestay seringkali akan meningkat pada musim cuti sekolah dan cuti umum. Jadi, inilah masa terbaik untuk tawarkan promosi seperti diskaun atau tawaran istimewa. Contohnya, bagi diskaun 10% untuk tempahan awal atau stay lebih lama. Ini akan buat pelanggan rasa mereka dapat lebih nilai untuk wang mereka! Tip 2 : Gunakan Media Sosial Media sosial seperti Facebook dan Instagram adalah alat promosi paling berkuasa. Kongsikan gambar-gambar cantik homestay, testimoni pelanggan, atau buat post menarik seperti giveaway. Lagi ramai yang lihat homestay anda, lagi besar peluang untuk anda dapatkan tempahan. Tip 3: Senaraikan Homestay Anda di Platform Tempahan Popular Platform seperti Airbnb, Booking.com, dan A...

APA YANG PERLU ADA DI DALAM SESEBUAH HOMESTAY

Salam Sejahtera Kepada yang  baru nak mula buat HOMESTAY bisnes ataupun yang baru bermula , selalunya anda akan terlepas pandang  perkara dan peralatan yang harus ada untuk  menjanjikan keselesaan kepada penyewa homestay anda dan perkara ini juga berlaku kepada saya  pada peringkat saya bermula bisnes homestay ini. Berikut saya senaraikan  peralatan yang  harus ada  di dalam  unit homestay anda. Walaubagaimana pun ini bukan lah 100% sempurna tetapi memadai untuk di jadikan checklist buat anda. Katil berserta  tilam – Sediakan katil dan tilam tempat tidor dan rehat  yang selesa dan bersih untuk tetamu berehat dengan selesa. Almari pakaian – Tetamu memerlukan tempat untuk menyimpan pakaian mereka selama mereka tinggal di homestay. Meja dan kerusi – Sediakan meja dan kerusi di kawasan umum seperti di bilik tamu, dapur atau kawasan rehat. Kipas atau penghawa dingin – Sediakan kipas atau penghawa dingin untuk membantu tetamu menyesuaikan s...

3 FAKTOR YANG SERING DI LUPAKAN UNTUK LARISKAN SEWAAN HOMESTAY ANDA.. JANGAN ABAIKAN...

  Usahawan Homestay | Pengusaha Homestay | Yang Menjalankan Bisnes Homestay | Usahawan Yang  Buat Urusniaga Homestay |Khas untuk anda yang ingin menceburi bisnes homestay | Kepada anda yang dah buat bisnes homestay tetapi masih kurang mendapat sambutan serta tercari-cari cara yang tepat mengurus dan mempromosikan homestay . Nampak mudah  tapi perkara di bawah antara pelaris kepada bisnes  homestay anda.  Yang terakhir itu sangat PENTING... JAGA KUALITI DAN TAHAP KEBERSIHAN Jaga tahap kebersihan homestay anda, jangan nampakan sampah kecil atau besar walaupun seurat rambut. Dua elemen ini adalah faktor utama yang memberi kepuasan kepada pelanggan yang menginap. Bayangkan jika seseorang menginap di homestay anda untuk pertama kalinya untuk bercuti. Sekiranya mereka mendapati homestay anda kotor dan tidak dicuci dengan sempurna, sudah tentu ini akan merosakkan mood percutian mereka. Anda rasa adakah mereka akan kembali untuk menginap? Sudah pasti tidak! ...