Salam Sejahtera
Pengusaha Homestay
APA NAK BUAT BILA RUMAH HOMESTAY KITA DI PECAHKAN ATAU DI
ROSAKKAN
Semalam saya dapat email dari salah seorang subscriber yang
menyatakan dia sudah serik menjalankan bisnes homestay kerana homestay beliau
pernah dirosakkan oleh penyewa.
Sememangnya... ini adalah antara perkara yang paling
ditakuti oleh pemilik-pemilik homestay!
Rumah yang disewakan kena sabotaj dan dijahanamkan oleh
penyewa yang tidak bertanggungjawab. Kerusi patah, pintu pecah, kabinet
ditanggalkan, barang-barang elektrik hilang kena angkut, pinggan mangkuk semua
pecah, sinki tercabut, aircond hilang dan pelbagai lagi perkara yang
menyebabkan kerugian beribu-ribu ringgit kepada pemilik homestay.
Tidak dinafikan... perkara ini memang ada terjadi.. TETAPI..
keberangkaliannya berlaku adalah sangat kecil. Saya tidak ada statistik
berkenaan hal ini, tetapi dari pengalaman saya mengusahakan homestay dan
menerima beribu penyewa.. Alhamdulilah, tiada kerosakan besar yang saya alami.
Sekadar kerusi patah tu pernahlah... itupun bukanlah dilakukan secara sengaja
oleh penyewa tersebut.
Seperti yang kita ketahui, semua perkara ada risikonya yang
tersendiri.
Seperti kita memandu kenderaan di jalanraya, setiap kali
kita memandu di jalanraya, kita terdedah kepada risiko kemalangan jalanraya..
walaupun kita sudah memandu dengan penuh berhemah dan berhati-hati.
Kadang kala, kemalangan itu bukan disebabkan kita, tetapi
ianya berpunca dari pemandu lain. Kita memang dah pandu elok-elok, tetiba ada
pemandu mabuk pergi hentam kereta kita.
Adakah disebabkan risiko kemalangan itu, maka kita perlu
berhenti memandu di jalanraya? Sudah pastinya TIDAK!
Begitulah juga halnya bila kita menguruskan homestay!
Kita dah buat dan sediakan yang terbaik untuk
segala-galanya.. tetapi, entah macam mana, kita terdapat pula "penyewa
dari neraka". Habis semua barang-barang dalam homestay kita dirosakkan.
Jadi, untuk mengelakkan dan mengurangkan risiko perkara ini
dari berlaku. Ada beberapa perkara yang boleh kita lakukan.
1. Ambil Deposit
Kita hendaklah mengambil security deposit atau deposit
keselamatan secara bank trasfer atau cash sebagai langkah berjaga-jaga untuk
mengelakkan pelanggan membuat kerosakan pada harta benda kita di homestay.
Kebiasaannya, kadar security deposit yang diambil adalah
sebanyak RM200, tetapi, sekiranya kos kerosakan tersebut melebihi daripada
jumlah security deposit yang diambil, kita boleh mengenakan caj tambahan ke
atas pelanggan.
Oleh sebab itu, adalah SANGAT PENTING untuk kita membuat
pemeriksaan bilik ketika pelanggan check out.
Kebanyakkan kes yang berlaku, pengusaha homestay tidak
periksa homestay mereka ketika pelanggan checkout. Lebih malang lagi, mereka
memang langsung tidak ada ambil sebarang deposit dan tiada sistem pengurusan
dan dokumen yang betul. Tempahan pun hanya sekadar pakai mulut atau whatsapp
sahaja, tiada borang order, tiada invoice, tiada resit, tiada deposit.
Jadi, apabila berlaku masalah seperti ini, pihak homestay
tiada maklumat lengkap pelanggan dan tiada dokumen pengesahan mengatakan
pelanggan menginap di homestay mereka. Sebab itulah kita perlu ada proper
dokumen untuk menguruskan homestay kita.
2. Gunakan Online Travel Agency (OTA)
OTA seperti Airbnb, Expedia dan seumpamanya, ada menyediakan
pilihan kepada pemilik homestay untuk mengenakan kadar surcaj kepada pelanggan
jika didapati ada berlaku kerosakan atau kehilangan barang di dalam homestay.
Kadar surcaj ini akan ditolak terus dari kad kredit
pelanggan, dengan syarat, pihak homestay perlu membuat laporan dalam masa 48
jam beserta gambar kepada pihak OTA.
Kaedah ini, pada saya lebih selamat dan mudah.
Itulah antara 2 langkah yang boleh kita ambil dan lakukan untuk mengurankang risiko homestay kita dirosakkan oleh penyewa-penyewa yang tidak bertanggungjawab.
Diharapkan para pengusaha homestay tidak mudah berputus asa jika menghadapi
ujian-ujian seperti ini.
*Kredit: Perkongsian di atas adalah di tulis oleh rakan admin, Faridil Atras,
pemilik rangkaian homestay Fardain Place.
Jika anda berminat untuk belajar tentang pengurusan
homestay, Tuan Faridil Atras ada menyediakan ebook panduan bagaimana nak
menjalankan bisnes homestay yang betul dan menguntungkan.
Comments
Post a Comment